Media sosial memainkan peranannya yang tersendiri dan memberi kebaikan serta keburukan
kepada pengguna. Remaja di Malaysia merupakan pengguna media massa dan juga tidak
terlepas dari impak media terhadap diri. Jadi, peranan media amat penting untuk
membentuk personality remaja. Menurut, Walter Lippman yang mendakwa bahawa
media massa berperanan dalam membentuk persepsi individu mengenai keadaan sebenar
terhadap sesuatu situasi, perbualan, pembaca dan pendengar akan menganggap apa
yang dibaca, dilihat dan didengar melalui media massa adalah keadaan sebenar
yang terjadi.
Norizan
(1993) pula mendefinisikan 'media' sebagai satu mekanisme yang menghantar maklumat
kepada pengguna. Kadar kepantasan sesuatu maklumat itu bergantung kepada jenis
media yang digunakan. Televisyen dan radio boleh menghantar maklumat dengan
kadar serta merta manakala akhbar dan majalah mengambil masa antara lapan (8) hingga
dua belas (12) jam. Lokasi juga katanya memberi kesan kepada kepantasan maklumat.
Penduduk bandar di mana akhbar diterbitkan mendapat maklumat lebih pantas jika
dibandingkan dengan pembaca di luar bandar. 'Massa' pula bererti orang atau
kumpulan orang ramai. Dalam konteks sebaran am, ia boleh ditafsirkan sebagai
penonton, pembaca atau pendengar. Dengan menggabungkan dua definisi di atas,
media massa katanya ialah satu mekanisma yang menghantar maklumat kepada
masyarakat.
Oleh itu, media sosial mempunyai peranan yang begitu penting dalam menyalurkan
nilai-nilai yang positif dan murni dalam diri remaja. Hal ini kerana remaja sekarang terlalu
bergantung kepada media massa dan menjadikan media massa sebagai medium untuk
mencari informasi serta wadah untuk berkomunikasi. Media sosial mampu mendidik masyarakat terutamanya
remaja untuk menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.
Media sosial mempunyai tanggungjawab sosial dalam pembentukan akhlak remaja. Sekiranya
remaja banyak dipaparkan dengan filem yang bergenre sensasi, hal ini akan menjadi kebimbangan serta menjejaskan fikiran dan kreativiti mereka. remaja Pada era digital sekarang mempunyai kebebasan untuk memilih media , oleh itu mereka perlu pandai memilih media yang sesuai. jadi,media seharusnya menunjukkan teladan yang baik agar dapat memberi penjaran kepada remaja.pengguna media sosial perlulah prihatin apabila berkomunikasi menggunakan media dan tidak terlalu mengikut perasaan.
Media sosial kini menjadi salah satu faktor atau medium yang membawa peranan tanggungjawab sosial untuk mendidik dan memacu masyarakat untuk lebih bertamadun. Umum tahu, masyarakat kini mendapat segala jenis bentuk maklumat melalui media sosial seperti Twitter, Facebook dan lain-lain terlebih dahulu berbanding medium penyebaran berita yang lain. Dalam konteks semasa, pengaruh media
akan dipengaruhi dari sejauh mana pengguna media memiliki pengetahuan yang
cukup dan menghargai dengan baik media itu sendiri.
Penggunaan bahasa dan tingkah laku yang
sesuai dalam menyampaikan sesuatu pendapat atau rencana harus sentiasa
diperhatikan. Justeru, pihak media seharusnya sentiasa menjadikan nilai-nilai
murni sebagai pemberat kepada wacana yang mereka ingin sampaikan dan bukan
bersifat popular semata-mata.Mesej yang ingin ditonjolkan oleh media
harus mengambil kira aspek isi kandungan, tema, penggunaan bahasa yang
konsisten, adab dan nilai, budaya dan sebagainya kerana media merupakan ejen
penggerak kepada pengukuhan perwatakan, emosi dan budaya remaja yang baik demi
membina negara pada masa hadapan.
Link :
Casino Bonus | No Deposit Bonus Codes 2021 - 나비효과
ReplyDeleteCasino Bonus ✓ Free Spins ✓ No 슬롯 가입 머니 Deposit Bonus 인터넷 바카라 사이트 Codes 나비효과 ✓ 하랑 도메인 Mobile ✓ titanium tubing Desktop ✍ All you need to know ✓ Casino.com Bonuses