Thursday, May 22, 2014

Gejala Sosial : Kes pembuangan bayi

  Malaysia  merupakan  sebuah  negara  yang  pesat membangun  dan  dalam proses  menongkah  arus  pemodenan  dalam  dunia  global. Namun  begitu,di  sebalik  kegemilangan  ini masyarakat  Malaysia  masih  dalam dilemma, iaitu  masalah  pembuangan  bayi. Tidak  dapat  dinafikan  pelbagai  usaha  telah  diambil bagi membendung  fenomena ini. Namun begitu , apakah  punca  kepada  kegagalan tersebut?


           



         Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun 2010. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.

            Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur merekaDaripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina.


      Pada pendapat kami terdapat pelbagai punca punca yang menyebabkan  masalah  pembuangan  bayi  antaranya ialah didikan ibu bapa, ibu bapa merupakan sumber inspirasi kepada anak-anak jika kurang didikan daripada ibu bapa dari segi agama dan moral maka berlakulah gejalan sosial sebegini. Seterusnya pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting, remaja menghabiskan kebanyakan masa mereka bersama rakan-rakan jadi pastinya pengaruh daripada rakan merupakan aspek penting dalam membawa individu tersebut ke lembah kegelapan.Di samping  itu, sikap  ingin  tahu  remaja  juga  ataupun diri remaja itu sendiri adalah punca  kepada  masalah ini.Remaja   kini  sangat  cenderung  untuk  mencuba  sesuatu   yang  baharu . Sikap ingin  tahu  tentang  sesuatu  sememangnya  wujud dalam  diri  remaja. Hakikatnya remaja  yang  matang  seharusnya  berfikiran  positif  dan  rasional  dalam  membuat keputusan. 


            Fenomena pembuangan  bayi  dalam  kalangan  remaja  telah  memberikan  kesan yang  mendalam kepada negara  termasuk remaja itu sendiri.  Masa depan  remaja  musnah  akibat  kelalaian  mereka  menuruti  nafsu tanpa  memikirkan  impak yang harus dihadapi.Pembuangan bayi bukan sahaja memberi kesan kepada diri remaja malah negara juga terpaksa menerima padah. Perkembangan  ekonomi  negara  akan merosot dan  seterusnya menjejaskan  pendapatan  negara. Remaja  merupakan  aset  penting  negara  pada  masa  hadapan  dan  memainkan peranan  yang amat penting  dalam  pembangunan  negara.Masa  depan  Negara Malaysia  terletak ditangan  generasi  muda. Justeru, jika  perilaku  sebegini  berterusan, siapakah  yang  akan  mengambil alih pucuk kepimpinan negara  kita  pada  masa  akan datang?  


       Pada pendapat kami antara langkah mengatasi masalah ini adalah dengan pihak berkuasa dan badan-badan NGO memainkan peranannya mengatasi kemelutan pembuangan bayi ini. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang melakukan penzinaan ini .rentetan itu badan-badan NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama dan sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Selain itu peranan ibu bapa juga penting sebagai langkah awal pencegahan pembuangan bayi ini,pada peringkat awal lagi ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama, didikan agama yang sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah kebaikan.  Yang ketiga adalah peranan media massa, bagi memastikan hal ini berkurangan di masa hadapan, pihak media massa seharusnya memberikan  pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar. Selain itu juga, program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang  seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para remaja. Program motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa Besar’ dan ‘Adab Bergaul’ mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja  dalam melakukan dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegen yang tidak sepatunya dan menjolok mata.          

    Secara tuntasnya pembuangan bayi ini semestinya dapat diatasi sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab kita sebagai seorang insan dan individu yang bergelar rakyat Malaysia. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik harusnya bersama-sama berganding bahu mencegah dan membanteras gejala sosial yang semakin bermaharajalela ini dan seterusnya menghasilkan masyarakat yang mempunyai pemikiran dan minda kelas pertama. 

Link :



No comments:

Post a Comment